(276246-X)
(167913-M)
Objektif Pelaburan
Dana mempunyai objektif untuk mencapai peningkatan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang.
Nota: jangkamasa sederhana hingga panjang dalam konteks ini merujuk kepada 3 tahun atau lebih.
Peruntukan Aset
- 70% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersih (”NAB”) Dana akan dilaburkan ke dalam ekuiti Shariah yang mematuhi prinsip ESG di Malaysia serta luar negara; dan
- Sekurang-kurangnya 2% daripada NAB Dana ke dalam deposit Islam dan instrumen pasaran wang Islam.
Profil Pelabur
Sesuai untuk pelabur yang:
- mencari pendedahan kepada ekuiti Malaysia dan global yang mematuhi Shariah.
- mencari pendedahan kepada syarikat-syarikat yang telah disaring berdasarkan prestasi Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) mereka.
- mencari penghargaan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang.
- mempunyai toleransi risiko sederhana hingga tinggi.
Risiko Khusus Berkaitan dengan Pelaburan dalam Dana
- Risiko Kelestarian
- Risiko Pelaburan SRI
- Risiko Klasifikasi Semula Status Shariah
- Risiko Spesifik Saham
- Risiko Kecairan
- Risiko Negara
- Risiko Mata Wang
- Risiko Politik
- Risiko Peraturan
- Risiko Peruntukan Aset Taktikal
- Risiko Waran
Polisi dan Strategi Pelaburan
Dana akan dilaburkan ke dalam ekuiti yang mematuhi Shariah yang tersenarai (70% hingga 98% daripada NAB Dana) di mana 70% daripada portfolio diperuntukkan kepada syarikat-syarikat di Malaysia dan 30% kepada syarikat-syarikat asing.
Komposisi pelaburan syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat asing tidak terhad kepada nisbah 70:30 kerana komposisi tersebut boleh berubah mengikut keadaan pasaran.
Polisi Pengagihan
Pengagihan pendapatan (jika ada) adalah tidak tetap. Pengagihan, jika ada, adalah atas budi bicara Pengurus dan akan berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada ketersediaan pendapatan yang telah direalisasikan untuk pengagihan dan prestasi Dana.