Lembaga Pengarah

Datin Maznah Mahbob
Datin Maznah Mahbob
Pengerusi and Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
DATODRMOHAMADZABIDIAHMAD.png
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Mashitah-Haji-Osman
Mashitah Haji Osman
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
SharifahSarah.png
Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Azdini-Nor-Azman.png
Azdini Nor Azman
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

Datin Maznah Mahbob

Datin Maznah Mahbob

Pengerusi and Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Datin Maznah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 1 April 2019.

Beliau mempunyai pengalaman luas lebih 34 tahun di dalam industri pengurusan dana. Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, syarikat pengurusan dana AMMB Holdings Berhad dari tahun 2001 sehingga bersara pada Mei 2017.

Datin Maznah merupakan graduan dari Institute of Chartered Secretaries & Administrators, United Kingdom and Harvard Investment Management Programme, Boston.

DATODRMOHAMADZABIDIAHMAD.png

Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Seri Dr. Zabidi dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 8 Oktober 2021.

Beliau merupakan bekas Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Jabatan Serantau (Regional Head), Islamic Treasury, Treasury and Markets, Group Wholesale Banking, Kumpulan CIMB. Beliau mempunyai pengalaman luas lebih 38 tahun di dalam industri perbankan termasuk pengalaman 20 tahun di dalam Group Treasury (konvensional & Islam), korporat (deposit, pelaburan, penyelesaian pelanggan), interbank, pemasaran, pendapatan tetap dan derivatif, pembangunan dan penstrukturan produk. Beliau bertanggungjawab membangunkan francais Islamic Treasury untuk Kumpulan CIMB di peringkat serantau termasuk United Kingdom, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Beliau juga merupakan Ketua Peniaga di Bank Bumiputra Malaysia Berhad selama lima (5) tahun di London.

Dato’ Dr. Mohamad Zabidi mempunyai kelulusan

  • Kedoktoran di dalam Pentadbiran Perniagaan dari OYAGSB, UUM;
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, UiTM Shah Alam;
  • Akauntan Bertauliah dan Ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA); dan
  • Certified Senior Financial Market Practitioner (CSMP) dari ACI-Financial Market of Malaysia (FMAM) & The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)
Mashitah-Haji-Osman

Mashitah Haji Osman

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Mashitah merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad sejak 1 Oktober 2020. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 1 April 2023.

Mashitah pernah menjadi Pengarah/Ketua, Perbankan Pelaburan Korporat, Bank Islam dan Ketua Pegawai Operasi dalam Perniagaan, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Beliau mempunyai pengalaman luas (lebih 30 tahun) didalam Perbankan Korporat & Pelaburan. Puan Mashitah telah memegang pelbagai jawatan di RHB Sakura Merchant Bankers Berhad sebagai Naib Presiden Kanan Pertama/ Pengurus Besar Kanan, Pengurus Besar/Ketua, Kewangan Islam (Pasaran Modal Islam), ahli Majlis Syariah RHB Capital, Ketua Unit Pembiayaan Institusi dan Islam, Perbankan Korporat, dan Pegawai kepada Pengurus Kanan, Perbankan Korporat.

Mashitah mempunyai kelulusan

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia; and a
  • Master Pentadbiran Perniagaan dari University College of Wales Aberystwyth, United Kingdom
SharifahSarah.png

Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Sharifah Sarah merupakan Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (Perbankan Institusi Kumpulan), dan dilantik sebagai pengarah BIMB Securities Sdn Bhd sejak September 2022. Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment sejak 1 Mac 2023.

Sebelum menyertai Bank Islam, beliau merupakan Pengarah Urusan, Client Coverage, Perbankan Global Kumpulan, Maybank Investment Bank dari Disember 2020 hingga Mac 2022. Beliau juga pernah berkhidmat dalam Human Capital Perniagaan Perbankan Global Kumpulan di Maybank, Ketua Pegawai Risiko dan Ketua Strategi & Kewangan di Maybank Islamic, dan Penolong Pengurus, Pasaran Global - Bahagian Perbankan Islam Kumpulan Perniagaan Antarabangsa di CIMB Islamic Bank Berhad.

Sharifah Sarah mempunyai kelulusan

  • Sarjana (Master) dalam Kewangan & Pelaburan, Universiti Durham, United Kingdom; dan
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Multimedia Malaysia
Azdini-Nor-Azman.png

Azdini Nor Azman

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

Azdini Nor Azman dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment pada 1 Mac 2023, dan telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Ogos 2023.

 Azdini mempunyai pengalaman luas lebih 26 tahun di dalam industri. Sebelum menyertai BIMB Investment, beliau merupakan Ketua Perbankan Borong di Hong Leong Islamic Bank Berhad. Beliau telah bekerja dengan pelbagai organisasi termasuk Asian Islamic Investment Management Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CFC Seymour Limited, Bank Islam Malaysia Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan Amanah Short Deposits Berhad.

 Azdini mempunyai kelulusan

  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Major dalam Kewangan), Universiti Otago, New Zealand;
  • Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF);
  • Investor Protection Professional Certification (IPPC);
  • PPKM Dealers’ License dari Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia; dan
  • Modul 9 & 10, Lesen Wakil Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti Malaysia