Syarikat

BIMB Investment Management Berhad (''BIMB Investment'' atau ''Syarikat''), sebuah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad (''Bank Islam''), adalah sebuah syarikat pengurusan dana Islam berlesen dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (''SC''). BIMB Investment diperbadankan pada 14 September 1993 dan memulakan operasinya pada 20 Jun 1994. Sehingga kini, Syarikat dengan bangganya berdiri sebagai sebuah pengurus dana tempatan dan perintis dalam pelaburan mampan dengan tumpuan kepada Syariah-ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus). Sejak 2015, BIMB Investment telah mengintegrasikan teknologi kewangan (“FinTech”) melalui kerjasama strategiknya bersama Arabesque Asset Management Ltd., sebuah syarikat pengurusan aset global di United Kingdom, dengan beberapa dana yang memanfaatkan teknologi data besar dan Artificial Intelligence (''AI'') dalam proses pelaburan dan portfolio. Ini bertujuan untuk menawarkan produk yang telus, berprestasi tinggi, dan untuk menyampaikan potensi pulangan pelaburan dengan pengurusan risiko yang baik dan mampan kepada pelabur individu dan institusi.

 

Baca mengenai
Khidmat Sumber Luar BIMB Investment

BIMB Investment telah melancarkan sebuah dana ekuiti Syariah-ESG global yang mengintegrasikan AI, yang pertama di Malaysia pada November 2015. Pada 2018, Syarikat telah melancarkan dana Sukuk ESG yang pertama di Malaysia. Platform pelaburan digital Robo-Pintar Syariah-ESG yang pertama, ‘’Aplikasi BEST’’ telah diperkenalkan oleh Syarikat pada 26 Mac 2020 sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memperkenalkan pelaburan mampan kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Tambahan pula, BIMB Investment merupakan pengurus aset Islam yang disokong bank, yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, untuk menjadi penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (‘‘UNPRI’’). Melalui UNPRI, BIMB Investment kekal komited untuk menggunakan faktor ESG ke dalam keputusan pelaburan, bagi pengurusan risiko yang lebih baik dan menjana pulangan jangka panjang yang mampan yang akan membentuk masa depan yang mampan.

Jumlah Bilangan Dana

15 dana

Jumlah Aset di bawah Pengurusan

RM 893.5 juta

pada 31 Mac 2024, termasuk Mandate Persendirian

Pencapaian Kami

014-profit.svg

PERTAMA DI DUNIA

Dana Sukuk ESG Global & Platform Pelaburan Robo-pintar Syariah-ESG

022-search.svg

PERTAMA DI MALAYSIA

Julat/penawaran Dana Syariah-ESG merentas kelas aset di Malaysia

target_x5F_market.svg

PALING LUAS

Pengurus Aset Islam yang disokong bank di rantau ini untuk menjadi penandatangan UNPRI & Pengurus dana Syariah-SRI yang mengintegrasikan AI & Data Besar di Malaysia

006-mountain.svg

PEMENANG ANUGERAH

"BIMB Investment merupakan pemenang terbesar di dalam industri pengurusan aset untuk menerima 3 anugerah emas dan 3 perak."
- The Edge ESG Awards 2023