Kenyataan Rasmi

BiGDF1-Income-Distribution-photo-768x309.png

Pemegang unit yang dihargai,

Kami ingin menarik perhatian Tuan/Puan berhubung arahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai Pengurusan Cukai Pendapatan yang Diterima dari Luar Negara (Pindaan) yang menyatakan bahawa bermula 1 Julai 2022, sebarang agihan pendapatan daripada dana-dana asing, yang juga dikenali sebagai Pendapatan Sumber Asing (FSI), untuk kesemua unit Amanah yang dilaburkan di luar Malaysia adalah tertakluk di bawah Cukai FSI pada kadar 24%.

Langkah ini memberi kesan kepada harga dana, termasuk BIMB-ARABESQUE i Global Dividend Fund 1. Dihimpit oleh pergerakan pasaran global yang mencabar pada tahun 2022 yang turut menjejaskan prestasi dana sasaran dan keupayaan agihan pendapatan, kami ingin memaklumkan pelabur bahawa tiada agihan pendapatan dapat dibuat bagi BiGDF1 untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Contoh:

Harga semasa BiGDF1 adalah RM1.00 seunit. Selepas agihan dividen sebanyak 10% atau RM0.10 seunit (sekiranya tiada pengurangan cukai dibenarkan), dana tersebut akan dikenakan cukai FSI sebanyak RM0.10 x 24% = RM0.024 seunit, menjadikan harga BiGDF1 akan berkurang kepada RM0.976 seunit iaitu 2.4 peratus pengurangan nilai.

Kami menghargai keyakinan pelabur dan komited untuk memberi nilai kepada pelabur.  Kami akan berusaha untuk memastikan pulangan terhadap pelaburan yang dibuat pada masa depan, tertakluk pada prestasi pendapatan dan berdasarkan pendapatan realisasi bersih bagi tempoh terlibat.

Kami berharap maklumat ini jelas dan dapat disampaikan kepada pelabur. Sila hubungi kami di [email protected] atau +603-21612524 (Talian Am) / 1800-88-1196 (Bebas Tol) untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.