BIMB Investment Terima Dua Anugerah di Anugerah Kewangan Islam Terbaik Alpha South East Asia 2021

Kuala Lumpur, Julai 2021 – BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad telah memenangi anugerah Pengurus Aset & Dana Islam Terbaik 2021 (Best Islamic Asset & Fund Manager 2021) dalam kategori anugerah Asia Tenggara, di Anugerah Kewangan Islamik Terbaik Alpha South East Asia 2021 yang dianjurkan oleh Alpha South East Asia, penerbitan pelaburan institusi serantau yang berpusat di Hong Kong, untuk tahun keempat berturut-turut. Di samping itu, BIMB juga telah memenangi anugerah untuk Pengurus Dana Pulangan Diselaraskan Risiko untuk Dana Pelaburan Prinsip ESG Terbaik 2021 (Best Risk-adjusted Returns for ESG Principles Investments Fund Manager 2021).

Ketika menerima anugerah tersebut, Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla berkata, “Kami sangat berterima kasih apabila diiktiraf bagi pelaburan Shariah dan ESG kami dalam dua anugerah ini. Pujian harus diberikan kepada keseluruhan pasukan BIMB Investment yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam menempuh tempoh yang mencabar ini. Kami amat komited untuk menawarkan pengalaman ESG yang tulen kepada pelabur kami, tetapi juga tidak kurang pentingnya ialah memastikan kami menyediakan pulangan bagus, kukuh, dan konsisten untuk para pelabur kami. Sebagai pelabur dan penjaga modal, kami komited untuk memajukan prinsip pelaburan yang bertanggungjawab dan untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari. Kami teruja untuk terus mendorong pertumbuhan amalan pelaburan ESG Shariah di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.”

Anugerah Kewangan Islam Terbaik Alpha South East Asia mengiktiraf pemimpin dalam Kewangan Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada industri dan telah mempamerkan pertumbuhan dan kemampuan serta pencapaian inovatif dalam Kewangan Islam.

Dengan menggunakan metodologi yang adil, mantap dan bermaklumat, dan setelah menambah sejumlah kriteria tambahan bagi anugerah sedia ada dalam memperketatkan kelayakan di antara kedua-duanya, bank tempatan di Asia Tenggara, Alpha South East Asia mengumumkan keputusan Anugerah Kewangan Islam Tahunan ke-13 2021 menjangkau 12 kategori anugerah.

Bertepatan dengan ulangtahun ke-15 penerbitan serantau itu, keputusan anugerah tahun ini amat penting, memandangkan persekitaran operasi yang mencabar bagi kebanyakan institusi kewangan dan institusi kewangan Islam.

Pengurus Aset & Dana Islam Terbaik 2021

Walaupun dalam keadaan pasaran serba mencabar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, BIMB Investment telah mencatatkan pertumbuhan AUM (CAGR) purata yang sangat memberangsangkan, indikasi yang adil mengenai keyakinan pelabur terhadap industri pengurusan dana Islam yang sangat kompetitif, yang dikendalikan secara bebas dengan standard antarabangsa dan ketika pasaran di Malaysia menyaksikan perubahan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dari pengeluaran dana bersama sehingga ke pembaharuan pencen dan penambahbaikan peraturan, BIMB Investment telah mengatasi ramai pesaingnya daripada segi prestasi dana, menunjukkan konsistensi termasuk pemahaman yang mendalam mengenai dinamik pasaran yang tidak menentu.

Pengurus Dana Pulangan Diselaraskan Risiko Terbaik (Dana Pelaburan Prinsip ESG) 2021

BIMB Investment merupakan peneraju syarikat pengurusan dana Shariah-ESG di Malaysia, terutamanya memandangkan landskap yang cepat berubah dalam industri pengurusan dana di negara ini sekarang. Dengan memanfaatkan strategi multilokal, BIMB Investment telah membantu banyak pelabur runcit dan pelabur institusi membentuk portfolio pelaburan yang pelbagai untuk diri masing-masing. BIMB Investment mampu memberikan pandangan unik dengan membawa kepakaran dan pengetahuannya mengenai peluang-peluang patuh Shariah.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin berkata, “Kami sangat berbesar hati dan dengan rendah hati menerima dua anugerah ini yang mencerminkan sokongan dan kepercayaan berterusan para pelabur, rakan perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengawal selia dan semua kakitangan BIMB Investment yang telah bekerja kuat. Dengan rekod prestasi lebih dari 6 tahun dalam menawarkan ESG dan pelaburan lestari, kami komited untuk menjadikan ESG dan pelaburan lestari tersedia untuk semua dan menjadikan Malaysia sebagai pasaran Kewangan Islam Dunia.”

Tambahan beliau, “Lebih-lebih lagi apabila pandemik COVID-19 ini sangat luar biasa dalam pelbagai cara. Melangkaui tekanan yang sangat dirasakan dari aspek kesihatan dan kemanusiaan, ia juga merupakan masalah ekonomi dan sosial yang akan memberi impak kepada generasi akan datang. Dari perspektif kewangan, pelaburan ESG adalah mengenai bagaimana syarikat menguruskan risiko persekitaran, sosial dan tadbir urus yang boleh mempengaruhi keuntungan dan daya maju jangka panjang mereka. Syarikat yang menguruskan risiko ini dengan baik akan mengungguli persaingan ini dalam jangka panjang. Anugerah ini menyerlahkan detik penentuan bagi isu-isu persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dan peranan yang lebih besar yang dapat dimainkan oleh pelaburan patuh Shariah dalam masa-masa yang mencabar ini.

BIMB Investment melancarkan dana Ekuiti ESG Shariah Global pertama di Malaysia pada tahun 2015, BIMB Arabesque iGlobal Dividend Fund 1 (BiGDF1) yang menggabungkan prinsip Shariah dan nilai ESG dengan pendekatan pelaburan kuantitatif yang sistematik dan berasaskan peraturan yang mengimbangi portfolio dana setiap hari antara ekuiti dan tunai untuk pulangan pelaburan yang disesuaikan dengan risiko yang berterusan. BiGDF1 adalah salah satu dana ekuiti ESG Shariah global terbesar di Malaysia dengan jumlah dana melebihi RM700 juta.

Pada awal tahun ini BIMB Investment telah melancarkan BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity Fund (“BGSEF”), dana pengumpan ekuiti ESG Shariah global yang berusaha mencapai peningkatan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang bagi pelabur. BGSEF layak sebagai dana pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab (“SRI”) di bawah Garis Panduan mengenai Dana Pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. BIMB Investment menyokong inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) dalam meletakkan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam dunia.

Pada 2018 BIMB Investment melancarkan Dana Sukuk ESG Pertama di dunia dan kini merupakan salah satu dana Sukuk ESG Global terbesar di Malaysia dengan jumlah dana hampir RM130 juta.

BIMB Investment juga menawarkan Dana Ekuiti ESG Shariah Asia Pasifik dan Dana Ekuiti ESG Shariah Malaysia, yang menawarkan Penyelesaian pelaburan ESG Shariah kepada pelabur runcit dan institusi.

Pada awal tahun 2019, BIMB Investment juga melancarkan BEST Invest, sebuah aplikasi mudah alih pelaburan dalam talian, platform dalam talian pelaburan Robo-Intelligence Sustainable Shariah-ESG pertamanya.

Aplikasi BEST Invest memberikan kemudahan dan kecekapan untuk individu, menawarkan penambahan dan pembinaan kekayaan yang sistematik, telus dan tersusun untuk individu melalui pelaburan dalam platform kecerdasan robot dan teknologi data besar. BEST Invest menawarkan sekumpulan dana amanah saham Shariah-ESG BIMB Investment di seluruh kelas aset yang merangkumi ekuiti global, ekuiti Asia Pasifik, ekuiti Malaysia, Sukuk dan pasaran wang.

BIMB Investment adalah pengurus aset Islam disokong bank yang pertama di rantau ini yang merupakan penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-88-1196 atau lawati www.bimbinvestment.com.my

###

Pernyataan Penafian
Berkaitan mana-mana dana unit amanah BIMB Investment yang disebutkan di dalam penerbitan media ini, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak mana-mana maklumat yang diterbitkan dalam penerbitan media ini.

Pertanyaan:

Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2782 1232
Emel: [email protected]

Omar Atin
Perhubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2781 2943 / +6019-391 9144
Emel: [email protected]

Nurfarah Diyana Firhad
Korporat & Perniagaan Runcit
BIMB Investment Management Berhad
Tel: +603-2161 2748
Emel: [email protected]