BIMB Investment melancarkan Dana Unit Amanah Wakaf yang Pertama di bawah Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan sebuah Dana Pelaburan Bertanggungjawab dan Mampan

Kuala Lumpur, 3hb Mac 2021: BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, hari ini secara rasminya melancarkan Dana Makmur myWakaf (MWF), sebuah dana Unit Amanah Wakaf yang Pertama di bawah Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang diperkenalkan pada 12 November 2020 dan sebuah Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di bawah Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab SC. BIMB Investment merupakan syarikat pengurusan dana yang pertama untuk merancang dan membina sebuah dana unit amanah wakaf, dan dengan itu, memperkenalkan satu dimensi pelaburan baru ke dalam industri pengurusan dana di Malaysia.

Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla berkata, “Akhirnya, setelah dua tahun melakukan penyelidikan, BIMB Investment memperkenalkan Dana Makmur myWakaf yang kini telah menjadi kenyataan. Produk ini mempunyai keunikan di dalam ciri-cirinya kerana ia menggabungkan prinsip-prinsip yang berasaskan Shariah untuk kemajuan masyarakat. Selain kewangan sosial, tumpuan dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan masyarakat sambil memberikan pulangan pelaburan bagi pelabur telah menjadikan dana ini benar-benar inovatif. Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Bahagian Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti, Pusat Sosial Kewangan Bank Islam, Bahagian Perhubungan Strategik dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM). Harapan saya adalah agar BIMB Investment terus memperkenalkan produk-produk yang menarik di samping usaha kami untuk mengembangkan lagi Kewangan Islam.”

Dana Makmur myWakaf adalah sesuai bagi pelabur yang ingin menyalurkan sebahagian daripada pulangan mereka untuk tujuan wakaf kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di dalam sektor-sektor yang difokuskan di Malaysia. Dana Makmur myWakaf berpotensi untuk mengagihkan pendapatan bulanan, tertakluk kepada ketersediaan pendapatan dan menyalurkan 50% pengagihan pendapatan untuk tujuan wakaf melalui inisiatif myWakaf AIBIM. Laporan Aset Wakaf Pertengahan Tahun akan dipaparkan di dalam laporan interim dan tahunan Dana, di mana Pemegang Unit akan dimaklumkan mengenai pengedaran Aset Wakaf.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Tahniah diucapkan kepada seluruh kakitangan BIMB Investment di atas dana wakaf yang dinanti-nantikan ini di pasaran. Ini merupakan sebuah bukti hubungan baik komuniti Kewangan Islam dalam mengembangkan sebuah produk inovatif, yang selamanya akan mengubah landskap Kewangan Islam. Pelancaran Dana Makmur myWakaf sejajar dengan visi dan misi Bank Islam di dalam agenda kewangan sosialnya. Kini, dengan Dana Makmur myWakaf, semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada instrumen wakaf di dalam bentuk pelaburan dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara. Yang paling penting, Dana Makmur myWakaf Fund menawarkan saham akhirat bagi umat Islam. Saya juga anat gembira dengan kerjasama bersama AIBIM di bawah inisiatif myWakaf Bank Negara Malaysia yang telah sama-sama membangunkan Dana Makmur myWakaf. MyWakaf AIBIM sebagai pentadbir dana wakaf akan memberikan pentadbiran yang profesional bagi wakaf untuk kepentingan masyarakat di seluruh negara.”

Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, “Kami berbesar hati melancarkan Dana Makmur myWakaf, sebuah dana yang sesuai bagi para pelabur yang ingin menggabungkan kewangan sosial ke dalam strategi pelaburan mereka. Sebagai dana unit amanah wakaf yang pertama di bawah Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf SC, Dana Makmur myWakaf Fund dibina untuk mendorong pertumbuhan segmen kewangan sosial Islam tempatan. Ini sejajar dengan matlamat BIMB Investment untuk meggabungkan objektif sosial ke dalam pelaburan runcit untuk memberikan manfaat kepada masyarakat. Kami percaya bahawa wakaf mempunyai potensi besar dalam membangunkan ekonomi dan menghasilkan kesan positif dan lestari secara keseluruhan terhadap ekonomi, komuniti dan persekitaran Malaysia.”

“Dana Makmur myWakaf adalah sebuah dana dengan pelbagai mata wang, aset campuran global patuh Shariah dan menyokong inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan melalui kepelbagaian portfolio pelaburan patuh Shariah di pelbagai kelas aset di peringkat tempatan dan global. Kesemua sekuriti akan melalui pemeriksaan lestari dan ESG. Dana ini ditawarkan di dalam RM, USD dan AUD dengan harga tawaran awal sebanyak 25 sen/cent seunit dengan pelaburan awal minimum sebanyak RM200, USD200 dan AUD200 sahaja,” tambah Najmuddin.

Dana Makmur myWakaf berkelayakan di bawah Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab. Dana Makmur myWakaf dibina untuk memberikan pendapatan melalui peruntukan aset yang taktikal dan gabungan daripada pelbagai portfolio patuh Shariah tempatan dan global dengan pengagihan pendapatan bulanan, tertakluk kepada ketersedian pendapatan. Dana ini juga menggunakan pendekatan dari bawah ke atas untuk pembinaan aset yang disaring untuk kelestarian prestasi dan menggabungkan prinsip-prinsip United Nation Global Compact (UNGC) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

###

Pernyataan Penafian
Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Dana Maymur myWakaf (“Dana”) bertarikh 3 Mac 2021, Prospektus tambahan (jika ada) dan Halaman Serlahan Produk (PHS) sebelum melabur, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungannya. Salinan Prospektus dan PHS boleh didapati di Ibu Pejabat BIMB Investment Management Berhad, di laman web www.bimbinvestment.com.my, pejabat agensi yang rasmi dan/atau mana-mana cawangan Bank Islam. Kebenaran SC atau pendaftaran Prospektus tidak boleh diambil kira bahawa SC telah mengesyorkan Dana tersebut. Terdapat yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan untuk membandingkan dan mempertimbangkannya sebelum melabur di dalam Dana. Pelaburan di dalam Dana ini terdedah kepada risiko, sila rujuk kepada Prospektus untuk maklumat terperinci. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko di dalam Dana dan harus membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan mendapatkan nasihat professional, jika perlu, sebelum melabur. Pelabur juga perlu ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, boleh turun dan naik. Sebarang isu unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung didalamnya.

Untuk pertanyaan:

Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2782 1232
Email: [email protected]

Omar Atin
Perhubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2781 2943 / +6019-391 9144
Email: [email protected]

Nurfarah Diyana Mohd Firhad
Jabatan Perniagaan Korporat & Runcit
BIMB Investment Management Berhad
Tel: +603-2161 2524
Email: [email protected]